Jan 5, 2005

Jurnal Perjalanan

(Training of trainer, PGG UIAM)
-Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka
1-2 / Januari / 2005

HS Café (0900am)
Awan mendung. Aku kira sedikit lambat untk sampai jam 0845 dari jadual asal 0800pg. Musaid dan musaidah PGG tiba lebih awal dari kami fasi & co-fasi yg lain. Aku di sini untuk sedikit sarapan pagi

Monolog: Yang terlintas ialah awan mendung, indeks minda aku terkiaskan Tsunami. Opps! Lupe plak..Selamat Tahun Baru. Hari ni 1 Jan 2005.

Masjid (0950am)
Bertemu Tuhan dalam kadar termampu. Pohon kebesaranNya..awan masih mendung. Ermm! Mentari ingin keluar tapi masih malu berteleku..

ITD Audi (1040am)
Hehe..Nyanyi lagu tema PGG. Sejuk betul skang ni

ITD Audi (11.23am)
Modul briefing batal plak dah. Aku dan rakan-rakan fasi ke CCGD..bored!!

ITD Audi (1200pm)
Buat sedikit modul briefing. Bila lah nak bertolak ek?

Dalam bas (0105pm)
Bas bertolak, Taman Ilmu dan budi ditinggalkan. Moga perjalanan kami selamat..amen! Err..Alhamdulillah, mentari muncul menyinar alam.

Perhentian Seremban (0200pm)
Buat jama’ takdim, makan. Aku cuma pow kuih pau je. Kenyang lagi kalo nak makan nasi sbb tadi aku dah baham kuih dalam bas. Banyak plak tu..hehe. Ada cite dari ‘abg2 kembar’ aku, masing-masing dah balik kampung.

Dalam bas (0315pm)
Sambung perjalanan sambil tengok Chucky yang kotor..Erk! Budak lelaki!! tolong tutup mata :P Hah..yg pompuan tu..siap jeling-jeling bawah kain tudung..heheh

Dalam bas(0400pm)
Hey! Aku dah sampai Melaka

(Depan Hutan rekreasi) 0420pm
Kami berkumpul utk sedikit briefing. Nak masuk hutan dah ni. Erk! Pakcik eskrim ni tak abis-abis ar ushar kami..hehe

Astaka (0545)
First slot kami, talk by Abg Jamil. Sedikit taaruf dari kami semua. Ada game mengenal orang. Riuh suasana, group formation and song. Member aku best sumenya..hehe

Astaka (0745pm)
Baru je lepas solat jama’ takdim. Sempit gak kawasan surau. Aku ngan kak Qis solat kat ruang luar surau. Skang ni tunggu yang lain sudah solat. Ada program pasni.

Astaka (0825pm)
Weih! Jom makan!hehe..berjemaah ni. Tadi baru buat sedikit diskusi ttg etika kefasilitatoran (ayah+anak+sosej)

TepiAstaka (0900pm)
Duduk lelepak, borak-borak dan sedikit pembacaan. No aktiviti dan kami menunggu the rest abis makan.

Astaka (1205pm)
Presentation lagu dan motto group..hehe. Jadi composer plak aku malam ni. Rindu benar nak tulis lagu, dapat sumbang idea pon ok gak kali ni.

Astaka (1235am)
Baru abis performance. Siap kena kutuk .Lepak ar!! At least aku belajar. Lawak malam-malam ni..macam-macam gaya yang kuar. Sket feedback dari Bro Khairul, as Paul Moss..hehe. Bro Ja’a jd Roslan Aziz dan Bro Mail jd Gee..opps! Bro Gee ye..hehe.

~Be genuine
~Positif regard
~Professional
~Friendly

notes: Peh! segala kutukan adalah sengaja diadakan..huhuhu!

Padang (0130pg)
Bersiap untuk night walking. Kami dibariskan dan ditutup mata. Berjalan dalam rasa yang berdebar.

Padang (0315am
Kami dipisah-pisahkan, dalam sendiri. Azan bergema di pagi sepi. Sesi muhasabah diri. Sayu. Zikir. Lagu ..buat mengenang silam yang penuh alpa

Khemah (0330am)
Time to sleep

Astaka (0630am)
Alhamdulillah. Terjaga awal dan hampir saja jam 0530, aku dan Kak Yan bergegas ke bilik mandi. Seusai persiapan diri, aku ke surau. Then aku ke astaka, menunggu waktu untuk tazkirah. Hmm.pagi-pagi lagi aku dah makan twisties.hehe

Padang (0730am)
Bersenam di padang. Ada 3 steps baru yg dilakukan bersama pasangan. Then, jogging sambil menyanyi. Sempat berhenti utk marching. Kami hentak kaki bersungguh giler, biar sampai terangkat semut-semut tu kata Bro Mail..heheh. Kami sambung berjoging sambil melalak tengah hutan tu. Hek eleh..terlalu bersungguh plak sorang member tu, sempat kami disakat oleh sekumpulan peserta yg juga berkhemah di situ..hehe. Poyoyoyo

Astaka (0958am)
Baru lepas sarapan. Alhamdulillah, makan mee. Aku rase perut aku makin berangin. Ermm..sume orang berborak-borak. Bergema memacam suara, pendapat, gelak dan sebagainya. Erkk, nasib baik skang ni aku belum mengantuk

Astaka (1000am)
Kami menjalani training ngan REDTMA (training team dari Melaka) Ada 3 game yang focus pada team building.

~trustfall (yakin sahabat)
~Wrestling (limpahan pendapat. Bagaimana untuk membuat keputusan dan bekerja dlm satu kumpulan
~ River crossing(Team building-dugaan yag banyak dlm hidup ini.

Then kena lagi dibawa jalan sebagai cina yang buta. Memang banyak yang kami kena tempuh. Dibawa ke astaka utk makan tengahari, erkk! Kena makan sambil tutup mata. Mengeluh gak kami..hehe. Barulah insaf, camne lah org buta makan ek?? Teringat nenek yang mmg tak nampak akibat selaput mata. Kesian beliau dan aku dapat rasakan kesusahan yg menimpa org tanpa mata.

0130pm
Mandi, persiapan diri, solat dan kemas khemah. Nasib baik kerna aku dah betah dengan tugas2 untuk perkhemahan cam buat unggun, dirikan khemah..Alhamdulillah.

Astaka (0240pm)
Berkumpul semula di Astaka. Ada beberapa sesi lagi yang tinggal. Aku sedang menunggu. Err..ada sesi close up ngan x-senior PGG, Bro Krol ngan Bro Ja’a. Mata dah mengantuk ni…tahan beb!

0410pm
Heheh..patutkah aku ketawa?? Ermm..this is the greatest moment (perhaps) Ia memerlukan all for one dan one for all kami. Sama2 menyambung logo dan motto PGG. Arggh! Banyak yang kami tak mahir ttg logo ni. Ekhem!! (Atau aku je sorang sebenarnya)..hehe. Nyanyi lagu tema bersama dalam circle sambil berpegangan tangan. Sungguh rapat rasanya kami masa tu. Aku bertuah kerana berada dlm keluarga PGG, ramai utk dikasihi dan berkongsi cerita.

0448pm
Ermm..azan berkumandang. Kami berteleku masih di astaka dengan satu cubaan utk menyiapakan modul terakhir itu. Depress dengan “kesukaran” modul!! Hehe..what to do?

0505pm
Sedikit speech dari aku sebagai wakil co-fasi. Impian dan harapan aku sebagai daie. Aku kongsikan dengan teman-teman. Yeah, aku terpilih dan aku tak boleh berpaling. Ini duniaku dan ini caranya untuk kulakukan tugas sebagai khalifah Tuhan, Allah!! Berikan aku kekuatan.

0600pm
Kami dilihat ‘membesar’..hehe. Tak sangka Abg Jamil mengulas aku (bersungguh-sungguh amik ilmu dlm kelas katanya) Semua org complement each other actually

0615pm
End of program

Luar hutan (0645pm)
Sederas melangkah keluar. Alhamdulillah, dapat jumpa mak ngan ayah. Eh! Jaja dan Mamat pun ada. Dek Reen..hehehe

Dalam bas (0705pm)
Depart to UIA

Perhentian Seremban (0805pm)
Berhenti solat dan makan. Erk!! Gile…perut aku sakit sangat

Dalam bas (0910pm)
Perjalanan diteruskan. Berbual ngan Kak Syikin, Kak Liza dan Kak Nuril ttg etika fasilitator

Dalam bas (1015pm)
Alhamdulillah. Sampai ke UIA semula

Notes:
Alhamdulillah, banyak yang aku dapat dari program dan InsyaAllah, segalanya kan tersemat di dada. Kata Abg Mail Alwi, kita mesti jaga benda-benda tak bertulang ni lebih dari benda yang lain yakni lidah dan hati. Bila keduanya baik, InsyaAllah..kita akan jadi seorang yang baik juga. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tak berbuah…ermm!

3 K seperti selalu yg perlu dlm team work ialah Komitmen, Kooperasi, dan Komunikasi. Selain itu, kalo ikut motto PGG, ia membawa satu idea di mana, utk kenal diri, mesti kenal org lain dan nak kenal org lain mestilah kenal diri sendiri. Yeah, org lain adalah cerminan diri kita. Mengambil apa yang baik dan menghisab mana yang kurang. Perjalanan akan terus kerana ini langkah insan terpilih. Salam buat keluarga PGG, dan kita akan sama berjuang pada toriqul Najah, InsyaAllah. Thanks to all organizing committees and hopefully, all of these will be rewarded by Allah. Jazakumullahukhair. Ila liqo’

>>Sedutan..hehe

Are the catches ready?
Ready!!
Is the faller ready?
Ready!!
Fall now!!







No comments: